PUSAT BANTUAN
Segala persoalan anda mengenai Eastel Mobile terjawab di sini.
Apakah Eastel?
Eastel Mobile adalah penyedia perkhidmatan mudah alih (MVNO) di Malaysia yang memfokuskan kepada gaya hidup digital dengan penawaran data berkelajuan tinggi yang besar pada harga mampu milik.
Eastel menggunakan infrastruktur rangkaian U Mobile yang menyokong teknologi 4G dan 5G terpantas di seluruh Malaysia.
Ya, Eastel beroperasi secara sah mengikut piawaian dan lesen daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Eastel menawarkan kuota High-Speed sehingga 999GB, fungsi bawa ke hadapan (carry forward data), serta program rujukan (affiliate) yang membolehkan pengguna menjana pendapatan pasif.
Anda boleh mendapatkan Kit Permulaan Eastel (ESK) melalui Rakan Niaga sah kami atau mendaftar terus melalui pautan web replika ini.
Bermula
Tekan menu "Beli Sim" di bawah, pilih pakej anda, dan lengkapkan maklumat penghantaran. Simkad akan dihantar terus ke pintu rumah anda.
Muat turun aplikasi Eastel Mobile App di Play Store atau App Store, masukkan simkad, dan ikut langkah pendaftaran KYC (E-Self Registration) dalam aplikasi.
Boleh! Anda boleh memilih pilihan MNP (Mobile Number Portability) semasa pendaftaran untuk kekalkan nombor dari telco lama anda.
Jika anda menghadapi masalah teknikal, anda boleh hubungi Customer Service Eastel di aplikasi atau hubungi Rakan Niaga anda untuk bantuan manual.
Hanya memerlukan imbasan MyKad (Original) atau Passport bagi warga asing untuk tujuan pengesahan identiti mandatori SKMM.
Umur minimum untuk mendaftar simkad secara sah adalah 12 tahun ke atas (mempunyai MyKad).
Mengikut peraturan SKMM, anda boleh mendaftar sehingga 5 talian pra-bayar di bawah satu nombor ID (MyKad).
Anda boleh membelinya secara atas talian melalui web ini atau daripada mana-mana Dealer / Rakan Niaga Eastel yang sah di seluruh Malaysia.
Masih memerlukan bantuan?
Hubungi rakan niaga anda sekarang untuk bantuan segera melalui WhatsApp.
WhatsApp Sekarang